Halaman

06 Mei 2010

Biro Deejay

SEJARAH RADIO (DULU DAN SEKARANG)


APRIL 1946

Penubuhan Radio Malaya di Singapura.

1950 AN

Memandangkan kegiatan pengganas komunis semangkin meningkat dan sukar dibendung, siaran Radio Malaya telah diperluaskan. Kegiatan siaran Radio Malaya telah ditempatkan di Jalan Young, Kuala Lumpur.

1956

Siaran Radio Malaya telah berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House) Kuala Lumpur.

16HB SEPTEMBER 1963

Nama Radio Malaya telah bertukar kepada RADIO MALAYSIA.

9 HB Mei 1972

Siaran Radio Malaysia telah berpindah ke bangunanya yang sekarang di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

1994

Lesen radio swasta pertama telah dikeluarkan kepada TIME HIGHWAY RADIO (THR).

1995 DAN TAHUN-TAHUN SETERUSNYA:

Pengwujudan berbagai siaran Radio Swasta.

2009

JUMLAH STESEN RADIO: 62 BUAH (RTM: 32; SWASTA: 30)

KURSUS-KURSUS

ANJURAN BIRO DJ, PENGACARA & PENYIARAN KARYAWAN MALAYSIA:

  1. Kursus Persembahan & Penyampaian Radio
  2. Kursus Pengacaraan Bicarawara TV (TV Talk Show)
  3. Kursus Pengucapan Awam ( Untuk Pengacara)

KURSUS PERSEMBAHAN & PENYAMPAIAN RADIO


OBJEKTIF:

  1. Memberikan panduan dan latihan asas lengkap penyiaran radio masa kini kepada para Penyiar/Juruhebah/DJ veteran yang sedang berkhidmat dan tidak mempunyai latihan penyiaran rasmi kaedah penyiaran radio masa kini.

  2. Memperkembang, memaju, merngubah dan membentuk para Penyiar/Juruhebah/DJ veteran agar menjadi satu produk baru, dapat bersaing dengan stesen-stesen swasta saingan yang mepunyai Penyiar/Juruhebah/DJ jenerasi muda yang mendahului dan lebih menonjol dipasaran radio masa-kini.

  3. Memberi panduan dan latihan asas lengkap penyiaran radio masa-kini kepada bakal Penyiar/Juruhebah/DJ jenerasi baru yang ingin bersaing dipasaran. Mereka adalah Penyiar/Juruhebah/DJ pelapis pada masa akan datang.

  4. Menyuntik Etika dan Dasar Penyiaran Negara kepada mereka agar tidak tercedera dan menyimpang didalam mengendalikan penyiaran radio masing-masing.

  5. Menimba ilmu dan pandangan penyiaran masa kini dari pengajar yang berpengalaman mengendali dan menguruskan berbagai stesen radio swasta.

  6. Untuk mendapat Pengakuan Akhir atau ENDORSEMENT dari pengajar yang berpengalaman terhadap mutu persembahan dan penyampaian masing-masing.

HASIL-KURSUS:

  1. Kesemua peserta Penyiar/Juruhebah/Dj Veteran dan jenerasi baru akan berimej dan bernafas baru, terlatih, lebih kreatif , berdayasaing dan mampu mengubah scenario penyiaran sekarang ini kepada mutu penyiaran masa depan yang lebih bercorak visual dan digital dengan tida kmengenepikan etika dan dasar penyiaran Negara.

  2. Meningkatkan kewibawaan ketua penyiaran radio dinegeri masing-masing.

  3. Mempertingkat jumlah pendegar atau rating sesebuah stesen radio dinegeri masing-masing.

  4. Mempertingkatkan perolehan pendapatan pengiklanan ditempat masing-masing.

  5. Produk stesen radio masing-masing akan lebih bercorak `mengikut kehendak pasaran’ dan mempermudahianya dipasarkan ke agensi-agensi pengiklanan dan k klien ditempat masing-masing.

PESERTA (KEUTAMAAN):

  1. Penyiar/Juruhebah/DJ veteran yang telah lama diudara distesen masing-masing. dan yang mempunyai sikap mahu berubah dan pengimejan semula berdasarkan trend penyiaran masa-kini.

  2. Bakal-bakal Penyiar/Juruhebah/DJ jenerasi baru .

MODUL KURSUS


A: INTEROGASI RADIO

  1. Ini merupakan satu sesi penting bagi membedah-siasat secara mendalam setiap peserta yang menghadiri kursus berdasarkan : status kerjaya, status pengalaman , status pencapaian dan status perubahan setiap individu mengikut trend penyiaran masa kini.

  2. Megenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan setiap individu berdasarkan trend penyiaran masa-kini

  3. Menyuntik pembaikan kepada kelemahan dan kekurangan setiap individu.

B: KREATIF RADIO

Ini merupakan satu modul lengkap yang meliputi segala aspek penyiaran radio masa-kini dengan mengutamakan etika dan dasar penyiaran Negara.

  1. Sejarah dan Perkembangan Penyiaran Radio-Dulu & Sekarang

  2. Kajian Perbandingan: Stesen RTM & Radio Swasta

  3. Perancangan Interaktif Radio (inter-active Radio Programming): sasaran pendengar, format rancangan, format musik, format penyampaian & persembahan.

  4. Mengena lvokal dan cara penyampaian

  5. Interaktif Wawancara / Telefon / SMS - Salutasi dan Protokol

  6. Mengenal Pemasaran Radio (Radio Marketing): Strategi Promosi & Pemasaran, Scenario Perbelanjaan Pengiklanan Radio atau RADIO-ADEX (RADIO Advertisement Expenditure)

C: FORENSIK RADIO

Persembahan praktikal oleh setiap peserta dan bedah-siasat setiap penyampaian.

Nama Kursus:

PENGACARAAN BICARAWARA TV (TV-TALK-SHOW)


Objektif:

Memupuk, mendidik, melatih dan menyuntik keaedah Pengacaraan Bicarawara TV masa kini kepada para peserta yang berpotensi agar menjadi seorang pengacara, penyampai atauTV Host profesional khususnya untuk rancangan Bicarawara TV.

Ini adalah satu-satunya modul kursus Bicarawara TV yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi agar ianya lebih difahami oleh para peserta yang mengguna Bahasa Malaysia didalam pengacaraan rancangan Bicarawara TV, distesen masing-masing. Dengan cara demikian, para peserta akan dapat lebih memberi perhatian dan menjiwai modul yang diserapkan kepada mereka.

Hasil Kursus:

Diakhir kursus, adalah diharapkan para peserta akan menjadil ebih berkeyakinan

Peserta (keutamaan)

Bakal Pengacara TV Jenerasi Baru yang tidak berpengalaman / yang telah lulus ujian bagi Pengacaraan TV/ Pengacara Veteran yang ingin penjenamaan dan pengimejan semula melalui kaedah pengacaraan TV masa-kini..

Asas Pengacaraan

BICARAWARATV (TVTALK-SHOW)

Asas Pengacaraan TV
Jenis Pengacaraan TV
Bicarawara TV

KURSUS PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING)

UNTUK PENGACARA

Ringkasan topik

  • Memahami urutan, model, kepentingan komunikasi dan pengucapan awam

  • Sebab-sebab permasalahan berkomunikasi

  • Teknik-teknik membina kredibiliti pengacara

  • Kepentingan dan cara menganalisis audien

  • Penggunaan bahasa dan stail

  • Kepentingan dan cara menjadi pendengar yang efektif

  • Teknik berfikir secara logikal dan kritikal dalam pengucapan awam dan persembahan

  • Cara memilih topik yang berkesan

  • Kategori-kategori pengucapan awam dan persembahan

  • Teknik persembahan (pembukaan, kandongandanpenutup)

  • Latihan dan ‘role-play’ para peserta
    - penilaian

30 Januari 2010

Fakta DJ

DJ...adalah satu nama @ gelaran yg. dipetik dr. singkatan perkataan bahasa inggeris DISC JOKIE @ DISCO JOKIE". Gelaran yg.diberi kepada seseorang yg. tugasnya menyampaikan maklumat & dlm. masa yg.sama turut bertanggungjawab menceriakan suasana@majlis dgn lagu2 & celoteh..bagi mendapatkan maklumat yg. mampu memberi kesan kepada pendengar, seorang DJ harus membuat rujukan dgn.mendapatkan fakta setiap cerita @ berita yg.ingin disampaikan..Banyak membaca antara formula yg. mudah diamalkan dlm.mendapatkan sesuatu maklumat @ berita..Apapun bergantung pd. kategori berita @ maklumat.

DJ ORANG KAHWIN...antara yg. paling mudah cara kendaliannya..maklumat biasanya hanya berkaitan keluarga pengantin, jemputan yg. hadir, susunan majlis (Istiadat), senda ringan & sesetengahnya turut di sulam dengan sessi nyanyian (Karaoke)...Tapi..kalau kena tuan rumah yg. ada "bajet" besar...aku buat mcm2. spt. acara permainan & kuiz..Walau nampak mudah tp. kena hati2 kerana ini majlis org. kalau tak kena gaya lain jadinya..

DJ PASARAYA...tugas mcm. ni pun agak mudah, sekadar sampaikan info berkaitan tawaran barang2, maklumat peraduan (jika ada), nasihat @pesanan keselamatan & memutarkan lagu2.,
Adakalanya tugas ini memberi cabaran pd. satu2 ketika spt. acara2 besar anjuran pihak pasaraya, mengelolakan persembahan ARTIS JEMPUTAN dan sbg..Tapi yg.tak seronoknya tugas begini kata org kena "TEBAL MUKA"...hehehe...Gelaran lain DJ spt. ini juga turut dikenali dgn panggilan "BROADCASTING DJ @ MOBILE DJ".

DJ DISCO...fuhhh.Yg. ni lain sikit kalau di bandingkan dgn. 2 tugas yg sebelum ni,tak perlu byk cakap (hanya bila perlu)....TETAPI... utk. jd DJ DISCO yg. bagus haruslah ada kemahiran menukar @ memainkan irama lagu (MIXING) .. Ini yg. agak mencabar jika kurang pengalaman & latihan.Pemilihan lagu juga faktor yg.harus diberi keutamaan (bergantung pd. kategori muzik @ irama). Ia juga bergantung pd. konsep sesebuah disko @ kelab hiburan samada berkonsep R&B,HOUSE MUSIC,TECHNO,RAGGAE,DANCE MUSIC,RETRO MUSIC ataupun DANGDUT...Peralatan yg.biasa digunakan agak berbeza (TWIN DISC MIXING PLAYER @ TURN TABLE).Penting juga utk. kenal jenis lagu & rentak dlm setiap irama.

DJ RADIO...bunyi pun sedap dengar...yg. ni lebih sikit populariti...hehehe.silap2 haribulan peminat lebih ramai dr seorang artis...hua..hua..hua...Kalau dulu kelayakan agak mudah.. tak mcm sekarang...kurang2 diploma beb..Tugas di radio jauh beza dan sentiasa kena hati2 dgn segala maklumat yg. disampaikan..fakta yg.tepat...bahasa & cara penyampaian yg.terbaik mungkin perlu kerana pendengar adalah dr. kalangan pelbagai lapisan bangsa dan usia..Dan yg. paling mencabar tugas sebagai DJ RADIO biasanya berhadapan dgn. masa tugas secara langsung...Setiap DJ RADIO yg. bagus adalah yg.mempunyai cara & gaya penyampaian tersendiri dan mampu memikat selera pendengar di samping mempunyai peminat @ pendengar setia...Skill @ kemahiran dlm penggunaan sistem audio adalah kemestian utk menjadi DJ yg.baik.Kebijaksanaan juga satu keperluan dlm.menjawab soalan & panggilan dr. pendengar.

DJ FUNFAIR...hahaha..yg ni lebih kurang "Rojak Style"...TAK perlu skill@kemahiran... cukup sekadar tau & berani bercakap,tau serba sikit tentang penggunaan sistem audio (asal ada bunyi) dah ok ar...hua..hua..hua...nama pun FunFair....................Faktor lagu pun "main bedal" (asal rancak).
Bahasa yg digunapakai pun rojak dan tak ada "standard".(yg. ni aku tak minat krn. tak mencabar langsung)...hua..hua..hua...


PENGACARA MAJLIS (EMCEE).....EMCEE(M.C) di ambil dr. perkataan bahasa inggeris yg. bermaksud Master of Ceremony..Walaupun cabarannya agak besar tapi mampu buat kita & penonton teruja..Tanggungjawab sebagai EMCEE juga tak kurang besarnya kerana ia bertindak sebagai tunggak utama kejayaan sesuatu majlis..Perlu utk. kenal & tau barisan tetamu kehormat (VVIP) yg. dijemput hadir..Perjalanan majlis perlu mengikut masa..M.C juga perlu bijak dlm. menghidupkan keceriaan acara pentas dan bersedia utk. mengatasi kemungkinan berlaku masalah atau sesuatu yg. tak di jangka..Penampilan juga mengikut kesesuaian tema majlis..M.C yg. baik BUKAN semestinya yg "macho" TETAPI adalah yg.mampu menarik tumpuan & memberi kenangan manis pd. penonton @ tetamu majlis...M.C juga perlu bijak berinteraksi dgn. penonton..Penggunaan bahasa & nada penyampaian juga harus di ambil kira..tahap kreativiti perlu tinggi bagi menghidupkan suasana majlis......Sesetengah M.C memerlukan irama @ muzik latar yg. di anggap mampu membangkit semangat & menceriakan suasana @ acara yg. berlangsung.

Itu la serba sikit antara peranan@fungsi@kategori DJ yg. terkandung dlm. dunia DJ @ PENGACARAAN.....Manalah tau kot2 korang pun minat nak cebur diri dlm. bidang DJ @ PENGACARAAN.... Ada juga org. tanya leh hidup ke jd DJ...hahaha..mcm. soalan bodoh lak rasanya......kan ke rezeki tu di tangan TUHAN...Kalau sungguh2 apapun kita buat hasilnya INSYAALLAH baik...asalkan tak tipu & lalaikan org. lain.

Kata org....kalau tak tau tanya...kalau tak pandai belajar...tak gituuu...hehehe...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

"KITA LEH CAKAP APA SAJE YG.KITA NAK CAKAP.. ASALKAN KITA FIKIRKAN DULU APA YG. HARUS KITA CAKAP .. PERLUKAH KITA CAKAP APA YG. RASANYA KITA NAK CAKAP dan... "-ADAKAH BETUL SEGALA YG. KITA CAKAP..