Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bukanlah aneh kita membaca tulisan, atau kata-kata begini:
"Buat apa pakai tudung, tapi mulut kuat mengumpat"
"Buang masa sahaja kau solat, aurat tak tutup"
"Huh pakai kopiah, tapi mata melilau tengok perempuan".
Inilah perkataan-perkataan biasa. Boleh jadi ada manusia yang sangat baik zahirnya, menutup aurat, solat tidak tinggal, tetapi kuat mengumpat orang lain. Sebaliknya pula, bukanlah pelik kita melihat si gadis bermini skirt menderma wang kepada orang yang memerlukan.
Ini kerana kita semua manusia. Tiada manusia yang sempurna. Kita boleh jadi mempunyai kelebihan dari satu sisi, tetapi mempunyai kelemahan pada sisi yan lain.
Menidakkan kebaikan manusia hanya kerana kelemahan dia pada sudut yang lain adalah satu kezaliman.
Apalah hak kita menidakkan hak seorang gadis yang memakai skirt untuk menderma wang kepada yang memerlukan.
Apalah hak kita untuk menyekat si lelaki yang suka merenung perempuan daripada menjadi kaki masjid.
Apalah hak kita untuk menghalang pasangan yang sedang masyuk ber'dating' daripada menunaikan solat jemaah di masjid apabila masuk waktunya.
Yang salah ditegur, dinasihati, yang benar tetap benar, walau siapapun pelakunya.
Kerana kita semua manusia yang berdosa, dan sebaik manusia-manusia yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah.
Maka, fahamilah bahawa sangat salah kata-kata begini:
"Kau ni baik tak payah pakai tudung, buat malu sahaja pakai tudung tapi keluar dengan jantan"
Tegurlah yang salah, buat apalah mengeji kebaikan yang dia lakukan.
Kita, dia, aku, engkau semua adalah manusia yang berdosa. Kita lahir dengan fitrah dan suci, tetapi semakin kita membesar, terus menerus dosa dilakukan sama ada sedar atau tidak.
Itulah fungsinya taubat yang akan menghapuskan noda-noda hitam di dalam diri kita.
Setelah menyedari bahawa kita adalah insan yang berdosa, lalu, wajarlah kita terima manusia seadanya, terima kelebihan mereka, dan nasihati kelemahan mereka.
Bersyukur atas kelebihan kita, dan menerima nasihat atas kelemahan yang ada.
Tetapi, menjadi manusia bukanlah alasan buat kita menjadi pelaku dosa. Jangan kita pula berbangga menjadi manusia pelaku dosa lantaran wujudnya hadis yang menyatakan Islam akan ditegakkan oleh insan-insan pelaku dosa (:insan jahat).
Halaman
Mengenai
- Dj Tuan Rahim
- Jangan lupa trade mark Dj Tuan.....Rasa Hati Rasa Jiwa Rasa Minda ....Hidup Mesti Mantap. Teruskan Mantap bersama dengan Dj Tuan.Ok Mantap!!! Dj Tuan tinggalkan pendengar semua dengan 4 rangkap pantun 4 kerat khas utk para pendengar setia radio AuRa FM. Sirih pinang sirih segar, Sirih datang dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat mendengar, Awal Bismillahirahmanirahim pembuka bicara. Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh saya mendj lagi Redup malam mencecah bumi Tiupan angin membelai mimpi Ucapan salam sayang inginku beri Buat pendengar yang selalu kuingati Tiba sudah Dj Tuan berangkat pergi Mantapkan diri ceriakan hati, Lepas ni insyaAllah mendj lagi, Salam moga bersua kembali.
Popular Posts
-
Ni gambar semasa sesi fotografi di Central Market,KL pada tahun 1996.Berdiri sebelah kiri :- Sera (Keyboard),Ajak (Vokal),Wan (Gitar Kedua)....
-
DJ ...adalah satu nama @ gelaran yg. dipetik dr. singkatan perkataan bahasa inggeris DISC JOKIE @ DISCO JOKIE ". Gelaran yg.diberi ...
-
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menye...
-
1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu" - si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan ...
-
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.B...
-
TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapa...
-
SEJARAH RADIO (DULU DAN SEKARANG) APRIL 1946 Penubuhan Radio Malaya di Singapura. 1950 AN Memandangkan kegiatan pengganas komunis se...
-
SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan da...
-
Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler… kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan ba...
Tuan @ Bisnes
Pengikut
02 Disember 2009
Kita Manusia Berdosa
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 12:24:00 PTG 0 ulasan
08 Oktober 2009
Rahsia Huruf Pertama Nama Anda
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 10:53:00 PTG 0 ulasan
16 Ogos 2009
Kenangan bersama Kumpulan Emperor.
Ni gambar semasa sesi fotografi di Central Market,KL pada tahun 1996.Berdiri sebelah kiri :-
Sera (Keyboard),Ajak (Vokal),Wan (Gitar Kedua).
Duduk dari kiri :- Deddy (Drummer),Chap (Gitar Bass) dan Man Balok (Gitar Utama & Leader).
Semasa rakaman lagu di studio Booty,masa tu agak kelakar jgk pasal penerbit album kami iaitu saudara Lan Hassim bekas gitaris Urgent & Gamma marah pasal suara kami sumbang mambang siap ada bunyi macam katak katanya,hehehe.
Album kami yang pertama berjudul 'Siapa Kami' dengan anggota seramai 6 orang dengan membawa konsep 'Reggae Rock' & 'Progresif Rock' pada tahun 1996.Penerbit kami iaitu saudara Lan Hassim.
Apa-apa hal janji semua mantap,Ok Mantap!
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 4:32:00 PTG 0 ulasan
07 Julai 2009
Rahsia HANDSET untuk kecemasan (penting)
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : –
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 10:59:00 PTG 1 ulasan
08 Jun 2009
Mengembalikan mood yang hilang.
TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.
Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.
Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.
Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.
Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.
Ketawa ubat terbaik
Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.
Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.
Terapi sentuhan
Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.
Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.
Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.
Jana 'hormon muda' anda
Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.
Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul
Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.
Hidu bauan yang sesuai
Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.
Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.
Khasiat bunga
Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 11:21:00 PTG 0 ulasan
18 Mei 2009
Mengapa Wanita Suka Merajuk?
Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..
Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.
Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.
Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.
Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.
Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 12:42:00 PG 0 ulasan
Jangan cakap camni pada pasangan
1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.
2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk."
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas.
3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang"
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu
4. "Hai, janganlah asyik marah2"
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu
5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
- kamu memang mengecewakan... .
6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut"
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin spent masa dengan kamu
7. Bedebat pertahankan pendapat
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya..
8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni boringla"
- percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini...
9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??"
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua
10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
- jangan salahkannya sahajatapi fikirlah kenapa??
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 12:34:00 PG 0 ulasan
Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!…..
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
P.S. Ada ka patut…!! !
Dicatat oleh Dj Tuan Rahim di 12:24:00 PG 0 ulasan
30 April 2009
Waktu Solat Malaysia
Senarai Blog
-
Asslamualaikum.....8 tahun yang lalu
-
-
-
kelukaan daku......11 tahun yang lalu
-
-
25 Julai 201212 tahun yang lalu
-
~~~Akhlak Seperti Taman Indah~~~13 tahun yang lalu
-
Puteriku Sayang13 tahun yang lalu
-
Kiamat antara 5 perkara ghaib luar jangkauan ilmu13 tahun yang lalu
-
maap di pinta15 tahun yang lalu
-
AIDILFITRI15 tahun yang lalu
-
playlist ecah15 tahun yang lalu
-
-
Ruangan Chat
Berita Gempak AuRa
Radio AuRa FM
Apa ada pada nama
ABDUL RAHIM | |
A | Amanah |
B | Bijaksana |
D | Dinamik |
U | Untung |
L | Lemah-lembut |
R | Ramah |
A | Alim |
H | Harum |
I | Ikhlas |
M | Mesra |
Apa ada pada nama? |